my club



aten register kelab ni pade 15hb mac 2010..tapi mase ni aten tak kua kete lagi...hehehehehehe...kete aten kua pade 22hb april 2010..poyo tak aten? mase ni g HOT ikot kengkawan jek... ;D

nape ek kelab ni jadi pilihan? ni pade pendapat aten la...kelab ni da macam platform tok pemilik2 viva belajar tentang keta ni...forum yang senang difahami oleh forumer yang meng'online'kan diri (bedal je la ayat ni)..

////////////////////////////////////////

Pengenalan VOC

PDF Print E-mail
Viva Owners Club (VOC) merupakan sebuah kelab yang telah ditubuhkan pada 6 Oktober 2007 atas inisiatif beberapa individu yang berhasrat menggabungkan pemilik-pemilik Perodua Viva  khususnya di Malaysia selain menjadi platform berkongsi maklumat berkenaan permasalahan, modifikasi, aktiviti-aktiviti dan sebagainya.

Bermula dengan satu mesyuarat tidak rasmi sehingga terbentuknya sebuah kelab yang disegani, VOC telah mengharungi pelbagai fasa dalam pembentukannya di mana sehingga kini, jumlah bilangan ahlinya telah menjangkau hampir 3 ribu ahli yang merangkumi serata Malaysia dan semakin bertambah. Struktur pengurusan VOC kini telah dibahagikan pada beberapa bahagian utama iaitu Kawasan Utara, Tengah, Selatan, Pantai Timur, dan Borneo dimana setiap kawasan tersebut ditunjangi oleh seorang ketua bahagian. Di setiap bahagian tersebut dibantu oleh jawatankuasa bahagian yang telah dipilih dan dilantik oleh ketua tersebut atas pertimbangan oleh Jawatankuasa Induk VOC.

Setelah hampir 2 tahun penubuhannya, VOC telah mengeluarkan beberapa produk atau barangan kelab seperti baju-t, pelekat-pelekat kenderaan, dan baju korporat selain beberapa cenderahati pada setiap aktiviti yang dianjurkan. Barangan-barangan ini dijual dengan harga ahli dan keuntungan tersebut digunakan untuk menampung kewangan kelab serta membantu pembangunan kelab sendiri.

Dalam pada itu, selain jemputan dari pelbagai pihak termasuk Perodua dan badan-badan bukan kerajaan, VOC juga telah menganjurkan pelbagai aktiviti termasuk dari segi kemasyarakatan, kekeluargaan, percutian, dan sebagainya bagi merapatkan hubungan silaturrahim di antara ahli yang hanya berkomunikasi melalui forum dan portal rasmi VOC iaitu www.VivaOwnersClub.net. Setiap penganjuran tersebut, kebiasaannya akan diselitkan beberapa tips-tips dan panduant berkenaan cara pemanduan yang berhemah, pembinaan sahsiah diri yang baik serta secara tidak langsung dapat mengisi masa lapang dengan lebih bermanfaat.

Sehubungan dengan itu, sehingga hari ini, pendaftaran bagi VOC adalah percuma dan ahli-ahli hanya perlu mendaftar melalui forum rasmi VOC sahaja atau melalui wakil-wakil dan ketua-ketua kawasan yang telah dilantik di tempat masing-masing. Forum VOC juga bertindak sebagai penghubung utama di kalangan ahli untuk berkongsi maklumat termasuk penganjuran atau aktiviti terbaru, informasi-informasi yang berkaitan dengan Perodua Viva,  jual beli barangan, dan sebagainya.

Dengan bertunjangkan Jawatankuasa Induk VOC, serta dibantu oleh jawatankuasa-jawatankuasa setiap kawasan, VOC serius memandang ke arah kemajuan serta pemantapan kelab dari semua  segi termasuk pengurusan, perkhidmatan, penganjuran, serta penambahbaikan dari semasa ke semasa. Oleh itu, kerjasama dari semua ahli amatlah diharapkan serta dengan jaringan besar ahli di serata Malaysia ini diharapkan dapat membawa kepada kemajuan VOC khususnya serta Perodua dan Negara amnya.

 ////////////////////////////////////////////


HOT pertama aten bersama Southern Region..yup2..dulu aten Southern...mase tue lepak PD..kete tak kuar lagi so mangsa keadaan, Ja'a laa..hehehe..dari Bangy ker Port Dickson...of coz la lalu jalan dalam..nak jimat nye pasal...pastu kat sane kenal sume ahli-ahli southern...sume peramah...sambil mengikut HOT2 yang ade, datang lak jemputan ke Asian Festival Of Speed di Sepang International Circuit (SIC)..

haaa...tang kat SIC ni la 1st time HOT ngan Central Region...time ni tak yah cakap la..segan gyler2..orang knal aten tapi aten tak knal orang...cemane tue?? hohoho...mintak maap...tapi sekarang dont worry la...sume aten dah knal...dari ahli biase ke Majlis Tertinggi dan ke Founder VOC..amacam? terrer tak aten? hehehehe...dengan berkat dan kerjasama yang diberikan dan termasuklah kepercayaan  aten telah dilantik sebagai salah seorang Sub-Committee oleh mereka dan alhamdullilah dengan jawatan yang disandang sebagai Setiausaha, kerja dapat dijalankan sepertimana yang diharapkan (shy-shy)..

find aten @ www.vivaownersclub.net

VOC Central n Southern @ SIC Sepang 16052010
















SIC telah diadakan pada 16.5.2010..dan dihadiri oleh berpuluh-puluh kelab di Malaysia...Viva Owners Club merupakan salah satu dari puluhan kelab...chaiiyoookk!!~

VOC Central @ Bagan Lalang 31072010

Saturday Ride to Bagan Lalang telah diadakan bagi memperkenalkan VOC di mata masyarakat..









VOC bersama Waja Club 10102010

Waja Club bersama Sinar Harian telah menjemput Viva Owners Club dan juga kelab kereta yang lain untuk bersama-sama meraikan anak yatim dan juga warga emas di Kuang, Sungai Buloh.










find aten @ www.vivaownersclub.net